saya belajar jahit tulang belut ni dengan cikgu Persatuan Puteri Islam masa zaman sekolah rendah dulu. percaya atau tak, saya mula tolong mak jahit leher baju seawal umur 12 tahun. kagum tak? haha.
walaupun saya jahit tak cantik dan kemas sangat, kat sini saya nak kongsikan sikit ilmu saya. seterusnya dalam entri ini adalah step-by-step incomplete instruction tentang bagaimana menjahit jahitan tulang belut di leher baju melayu teluk belanga / kurung johor.
sila sediakan segala benda yang diperlukan, contohnya gunting, jarum jahit, benang, kain yang nak dijahit, jarum peniti - untuk sematkan kain ke bantal supaya kain tak gerak-gerak semasa menjahit.
1. mula-mula, masukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. bahagikan panjang benang yang tak sama panjang. simpulkan hujung benang yang panjang sedikit. untuk jahit tulang belut ni kita gunakan selembar benang je sebab taknak tulang belut tu jadik tebal.
1. untuk permulaan, cucukkan jarum dari bahagian dalam kain menembusi bahagian luar kain. lepastu, cucukkan jarum menembusi kain untuk kali pertama seperti gambar kedua di bawah.

2. seterusnya, ulang cucuk jarum ke kain sehingga kali yang ketiga - ke arah kiri.
untuk beginner, jarak antara cucukan kalau jarang pon takpe. tapi kalau nak cantik, cucuk la rapat-rapat. lepas tu, masukkan jarum ke benang yang pertama seperti gambar kedua di bawah.

3. kemudian cucukkan jarum ke kain di sebelah kanan pada cucukan jarum yang pertama tadi (cucukan ni hanya untuk permulaan jahitan dan dilakukan sekali sahaja).
seterusnya cucuk jarum di bahagian kiri.

4. lebih kurang sama pada langkah 2, masukkan jarum di benang ketiga sebelum cucukan terakhir. kemudian cucukkan jarum di benang keempat. sila rujuk gambar di bawah.

5. beginilah rupanya tulang belut yang dihasilkan setakat ni. saya menggunakan benang warna putih untuk bagi contoh lebih jelas je. selalunya warna benang yang digunakan adalah seakan warna kain yang dijahit.

6. sambung lagi.. cucukkan jarum ke kain di sebelah kiri cucukan terakhir dan ulang langkah 4. ulang ulang ulang sampai lah siap untuk keseluruhan leher.

7. macam ni rupa jahitan tulang belut sebenar menggunakan benang yang warna sama dengan kain.

dah siap pun jahit satu leher! senang sahaja.

selain barang-barang menjahit, apa yang diperlukan adalah kesabaran, ketelitian, kekemasan, pencahayaan yang cukup, dan juga penglihatan mata yang cerah.
selamat mencuba!
8 comments:
Mantap... Kagum aku...
jangan sangka tangan kasar mcm aku ni tak reti menjahit. haha
terima kasih banyak2 upload ni. serius ckp, cara yg u ajar lebih senangdari yg cikgu kemas i ajar. hihiii... happy sgt2 =)
salam perkenalan...
tq for d tutorial...
emm meh kasi komen hasil kerja anak murid awak nie..:D
http://girlynicknack-twins.blogspot.com/2011/06/wip-day-2-baju-raya-2011.html
Terima kasih kak coz share ilmu ni... akhirnye sy brjaya buat...
Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah sahaja balas ilmu yg dicurahkan. Amin.
Terima Kaseh ...dengan foto sekali demonstrasi ini ...
Semoga Allah rahmati puan.
terima kasih atas perkongsian ilmu..saya kembali bersemangat nak mncuba, setelah beberapa titis airmata gugur akibat kecewa tak pandai2 buat jahitan ni ^^,
Post a Comment