sejak dari dulu lagi teringin untuk bermain instrumen muzik dengan baik. bukan lah sampai ke tahap pro atau mencipta lagu sendiri. sekurang-kurangnya dapat bermain instrumen muzik dengan membaca not-not yang betul.
dulu masa gw tingkatan 1-3 di TIGS, kami diwajibkan mengikuti matapelajaran muzik - main semua jenis instrumen muzik, caklempong, gamelan, keyboard, kompang, semuanya lah. malah gw adalah salah seorang ahli pancaragam TIGS, ahli yang suam-suam kuku. baru nak up, kena pindah sekolah pulak, sekolah yang tiada kumpulan pancaragam. maka gw tak dapat lah mengembangkan bakat sebagai seorang pemuzik.
clarinet. ya, gw adalah seorang pemain clarinet. clarinet tu hapekebenda? sila kelik sini (source: wikipedia). ok. tolong jangan gelak. gw tau macam kelakar bodoh je kan apabila kamu orang membayangkan gw berkawad sambil bermain alat muzik ini. yela, panjang clarinet ni lebih separuh daripada panjang badan gw kot.
sekarang... gw nak sambung semula minat gw. kali ini gw nak belajar bermain gitar. sudah terlambatkah? ada sesiapa yang sanggup nak mengajar gw, for free??
kalau dah pandai, boleh letak skil tambahan ni dalam resume. haks!
dah lama tak berduet ngan pijisan through phone-call, dengan iringan bunyi gitarnya. tapi kali ni gw teringin sangat-sangat untuk menjadi 'pemetik' gitar itu.* padahal pijisan pernah je gigih mengajar gw petik lagu guna gitar nih. last-last gw sendiri yang fedap bila jari tak sampai
(alasan. padahal memang tak berbakat). huh!
sekali lagi - sudah terlambatkah untuk belajar skil ini?


